Pada kali ini saya ingin menceritakan semua mengenai DAJJAL..
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya, "Minal Munzharin".. Seperti halnya Nabi Isa AS yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al-Munawwarah..
Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk banyak dagingnya.
Menurut Imam Al-BArzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang dikenali dengan nama "Syaq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin.. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman AS dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus lalu akhirnya ditangkap oleh Nabi Sulaiman dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.
Hadis Huzaifah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda :
"Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat(panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah neraka".
Ada beberapa ciri perwatakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah SAW, diantaranya:
1. Seorang yang kelihatannya masih muda
2. Berbadan besar dan agak kemerah-merahan
3. Rambutnya kerinting dan tebal
4. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun
5. Kedua2 matanya adalah cacat tertulis di dahinya tulisan "kafir" dapat dibaca oleh setiap orang Islam sama asa pandai membaca atau tidak.
Menurut riwayat "Shahih Muslim", Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama "Al-Jassasah"
Daripada hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk
keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu
ialah disebelah TIMUR bukan di Barat.
Dalam hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya, "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?"
Nabi SAW menjawab; "Ia akan tinggal selama 40 hari"
"Hari yang pertama seperti setahun dan hari yang berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa".
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat Islam. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.
Ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanam) sedangkan orang yangtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasulullah SAW bertanya,
"Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam beriman pada hari itu wahai Rasulullah?"
Nabi SAW menjawab:
"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan".
Terdapat dua Bandar suci umat Islam yang Dajjal tidak dapat masuk iaitiu:
1. Makkah Al-Mukarramah
2. Madinah Al_Munawwarah
Pada kemunculan Dajjal kesemua Syaitan akan bertungkus-lumus untuk membantu..
Jadi, adakah kita sebagai umat Islam sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemunculan Dajjal???
Sekian terima kasih.. Nantikan cerita yang lain..

No comments:
Post a Comment